Hampir dua bulan selepas pelancaran Football Manager 2021 (FM21), game simulasi pengurusan kelab bola sepak dari Sports Interactive itu telah mencatat satu rekod baharu yang membanggakan.
FM21 kini merupakan game terpantas dalam francais Football Manager yang mencatatkan jualan 1 juta unit.
Berita ini diumumkan oleh pengarah game itu sendiri, Miles Jacobson melalui Twitter. Lebih menarik, beliau turut mendedahkan bahawa lebih daripada 900 ribu pemain telah bermain game tersebut pada minggu lalu.
Salah satu faktor yang menyumbangkan kepada rekod ini adalah disebabkan edisi tahun ini mereka melancarkan edisi istimewa untuk Xbox.
Mengapa FM21 tidak dilancarkan ke platform PlayStation? Jacobson pernah jawab sebelum ini.
Football Manager 2021 kini boleh dimainkan di PC, Xbox One, Xbox Series X/S, Nintendo Switch, iOS dan Android.
Comments
Loading…