in , , , , , ,

Football Manager 2021 Diumumkan Untuk PC, Xbox, Switch, Mobile – Tiada Untuk PS4, PS5

Sega dan Sports Interactive telah mengumumkan siri terbaharu game simulasi pengurusan bola sepak mereka — Football Manager 2021.

Versi utama Football Manager 2021 akan dilancarkan seperti biasa di PC, yang mana kali ini akan boleh didapati di kedua-dua Steam dan Epic Games Store. Versi ini akan dilancarkan pada 24 November ini.

Buat pertama kalinya sejak 2007, francais Football Manager bakal kembali ke platform Xbox. Football Manager 2021 Xbox Edition diumumkan untuk Xbox Series dan Xbox One. Xbox Edition ini merupakan versi yang sama dengan Football Manager 2021 Touch, namun ia direka semula untuk memudahkannya dinikmati menggunakan controller Xbox.

Xbox Edition juga akan menyokong teknologi Play Anywhere oleh Microsoft, bermakna pemain boleh bawa progress ke PC (Windows 10).

Football Manager 2021 Touch di Nintendo Switch akan dilancarkan sekitar Disember.

Untuk versi iOS dan Android pula (Touch dan Mobile), mereka akan kongsikan butiran dalam masa terdekat.

Melihat barisan platform yang diperkembangkan untuk tahun ini, ramai yang bertanyakan mengapa tidak dilancarkan ke PlayStation. Pengarah game ini, Miles Jacobson telah mendedahkan apa punca sebenarnya.

Jacobson memberitahu bahawa mereka telah bercakap dengan kedua-dua Sony dan Microsoft untuk mengeluarkan Football Manager di PlayStation dan Xbox. Namun, hanya Microsoft yang menghantar devkit kepada Sports Interactive bagi membenarkan mereka membangunkan game tersebut di Xbox. Sony nampaknya tidak berminat untuk melancarkan francais ini ke platform PlayStation.

Jacobson menerangkan lagi bahawa tiada apa yang boleh dipersalahkan kepada Sony kerana devkit adalah sangat terhad. Sony akan sentiasa mengutamakan game apakah yang mereka ingin untuk platform mereka, sepertimana apa jua platform lain.

Kemudian Jacobson turut mengatakan yang walaupun sekiranya Sony memberikan mereka devkit dalam masa terdekat, Football Manager 2021 tetap tidak akan dapat dilancarkan ke PS5 kerana untuk membaungkan sesebuah game di satu-satu platform bukannya mengambil masa yang singkat.

“Ia bukannya macam kita ada tongkat sakti yang apabila mereka hantar kepada kami devkit esok dan ianya akan siap,” jelas Jacobson. “Ia memerlukan hasil kerja beberapa tahun — sama seperti versi Xbox.”

Maka, kepada korang yang berharap agar francais Football Manager dilancarkan ke PS4 atau PS5 pada tahun ini, teruskanlah menunggu. Sekiranya Sports Interactive bekerjasama bersama Sony pada hari ini pun, mungkin ia hanya akan hadir pada versi tahun hadapan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Game Awards Kembali Disember Ini - Siaran Langsung Dari 3 Lokasi Berbeza

The Game Awards Kembali Disember Ini – Siaran Langsung Dari 3 Lokasi Berbeza

Pemain Serentak Rocket League Cecah 1 Juta Selepas Bertukar Model Game Percuma

Pemain Serentak Rocket League Cecah 1 Juta Selepas Bertukar Model Game Percuma