Barisan game percuma di Epic Games Store pada minggu ini memang mengancam. Bukan satu, bukan dua tapi tiga buah game yang bukan calang-calang.
Tiga game percuma di Epic Games Store pada ketika ini ialah Football Manager 2020, Watch Dogs 2 dan Stick It To The Man.
Game-game ini boleh korang dapatkan secara percuma dari sekarang hingga 24 September ini. Apabila korang masukkan game ini ke dalam akaun, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.
Korang boleh dapatkan game-game ini melalui pautan ini.
Ini merupakan penampilan pertama siri Football Manager di Epic Games Store. Dilancarkan sahaja ke platform itu, ia terus dimasukkan sebagai salah satu game percuma.
Lebih menarik, Football Manager 2020 menyokong cross-play antara Epic Games Store dan Steam. Malah, sekiranya korang mahu berpindah dari Steam ke Epic Games Store, korang boleh bawa juga progression yang telah dicapai sebelumnya dari Steam.
Sports Interactive telah mengatakan bahawa siri-siri Football Manager pada masa hadapan akan dilancarkan ke Epic Games Store tanpa perjanjian eksklusif. Bermakna, siri ini akan tetap dilancarkan ke Epic Games Store dan Steam pada masa yang sama.
Comments
Loading…