in , , ,

Fokus Utama EA Sekarang Adalah Battlefield 6, Tunda Need for Speed Seterusnya

Electronic Arts (EA) telah mengesahkan bahawa studio Criterion Games telah menangguhkan pelancaran Need for Speed seterusnya selama setahun. Faktor penangguhan ini adalah untuk mengalihkan fokus untuk membantu DICE dalam Battlefield seterusnya (belum ada judul rasmi).

Ketika bercakap kepada Polygon, ketua pegawai studio EA, Laura Miele menegaskan yang tiada sebarang masalah timbul untuk kedua-dua francais ini, malah Criterion tidak dibuang dari projek Need for Speed, hanya menundakannya.

Beliau turut menyatakan yang selepas EA mengambil-alih Codemasters, bermakna akan ada satu game racing dilancarkan pada tahun ini, maka Criterion tidak perlu tergesa-gesa dalam mengeluarkan satu lagi game racing.

“[Battlefield] sedang menunjukkan hasil yang baik, pasukan kami sedang bekerja sangat keras, bekerja sungguh gigih tahun lalu, dan ya, kami sedang bekerja dari rumah,” ujar Miele. “Dan ia sukar; sukar untuk membangunkan game dari rumah, dan pasukan [DICE] sedang keletihan sedikit.”

“Kami mempunyai game yang hebat dan banyak potensi dengan game ini. Kami bikin untuk kejayaan, kami sedang bikin untuk meletakkan game Battlefield yang mengagumkan di pasaran.”

Ini bukanlah kali pertama Criterion bekerjasama dengan DICE. Studio ini pernah menyokong DICE dalam Star Wars Battlefront (2015) dan Battlefront 2 (2017), serta membangunkan sendiri mode battle royale Firestorm dalam Battlefield V.

Selain bercakap kepada Polygon, Miele turut mengeluarkan kenyataan di laman web rasmi EA.

Beliau mendedahkan bahawa Battlefield seterusnya akan mengadakan sesi percubaan Alpha lebih awal daripada mana-mana Battlefield sebelum ini, dan akan mengambil manfaat penuh daripada teknologi konsol generasi terkini.

Sebagai perbandingan, Battlefield V yang dilancarkan pada November 2018 memulakan sesi percubaan Alpha sekitar akhir Jun tahun sama. Oleh itu, kita boleh jangkakan yang Battlefield tahun ini akan mengadakan sesi Alpha lebih awal daripada itu.

Battlefield seterusnya dijadualkan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

2 Game Mobile Final Fantasy VII Bakal Tiba, Antaranya Battle Royale

Satu Lagi Trailer DOTA: Dragon’s Blood Diperlihatkan, Gambaran Lebih Jelas Jalan Ceritanya