in , ,

Flamethrower Elon Musk Akan Dimasukkan Ke Dalam Borderlands 3 – Betul Ke Bohong!?

Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita penjualan flamethrower dari The Boring Company milik Elon Musk yang juga memiliki PayPal, SpaceX dan Tesla.

Walaupun berharga USD500, dengan lontaran api di bawah 10 kaki dan dengan Elon Musk sendiri berkata untuk “tidak” membelinya – lebih dari 10,000 unit telah berjaya di jual!

Terbaru, Randy Pitchfork, pengasas Gearbox Software yang membangunkan banyak siri game termasuk siri Borderlands telah menghantar tweet kepada Elon Musk. Randy telah meminta kebenaran Elon untuk memasukkan flamethrower ini ke dalam game Borderlands 3!

Lagi best, Elon membenarkannya!

Jadi ada dua berita di sini:

1. Flamethrower Elon Musk akan muncul di dalam video game bagi kita yang tak mampu membelinya

2. Borderlands 3 akan datang geng!

Hype!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Khabar Angin Melaporkan Microsoft Kini Sedang Cuba Untuk Mengambil-Alih EA, Valve Dan PUBG Corp

Final Fantasy XV: Pocket Edition Akan Hadir Pada Minggu Hadapan