in ,

Firma Guaman Jemput Komuniti Esports Hadiri Sesi Sembang Esports & Undang-Undang!

Tanya terus dengan lawyer apa hak korang sebagai atlit, organiser, sponsor dalam industri esports di Malaysia!

Menjelang acara demo esports di Asia Games 2018 di Jakarta & Palembang, semakin timbul kesedaran tentang isu undang-undang dan perundangan dalam industri esports.

MahWengKwai & Associates, firma guaman dengan pengkhususan dalam undang-undang sukan, mengajak komuniti esports untuk sesi sembang/makan tengahari yang akan membicarakan struktur esports serta halangan dan isu perundangan yang dihadapi dalam industri esports Malaysia ini.

Tarikh: Khamis, 6 September 2018
Masa: 12:30pm – 2:30pm
Lokasi: MahWengKwai & Associates, Level 10, Tower B, Prima Avenue, Dataran Prima

Sesi PERCUMA ini akan membincangkan:

  • Apakah itu esports dari aspek perundangan
  • Undang-undang esports dan cabarannya
  • Esports di Malaysia

Speaker-speaker yang akan membicarakan isu ini adalah peguam-peguam dari MahWengKwai & Associates (MWKA) –Richard Wee, Partner di MWKA yang mengetuai Kumpulan Praktik Undang-Undang Sukan (Sports Law Practice Group) serta Lesley Lim, Senior Associate di MWKA. Mereka juga pernah mengeluarkan artikel dan pandangan dari sudut perundangan mengenai isu-isu seperti kontroversi Air Asia Saiyan dan perlunya pentadbiran standard dan pemantauan dalam penganjuran acara esports.

Jika korang berminat, isikan borang online di sini. Korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai acara ini di brochure diorang.

Harap maklum, tempat adalah terhad. Book cepat-cepat tau!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bahagian ‘Search’ Dalam PlayStation Store Nampaknya Bakal Berubah, Boleh Cari Penerbit Dan Genre

For Honor: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Dapatkan For Honor Secara Percuma Sekarang Di Steam! Terhad Sehingga 27 Ogos!