in ,

Fire Emblem Fates : DLC Baru Bakal Menjengah Jepun Dulu!

Dalam event Nintendo Direct untuk Jepun pada awal pagi ini (waktu Malaysia), Nintendo telah mengumumkan beberapa DLC baru untuk FE Fates!

Fire Emblem Fates, game yang sedang hangat di handheld 3DS sekarang, baru sahaja menemui para peminat dengan versi Bahasa Inggeris pada 19-Februari-2016 yang lepas.

Beberapa DLC telahpun dikeluarkan oleh pihak Nintendo, DLC berbayar dan DLC percuma. Untuk DLC yang baru sahaja diumumkan ini, tidak ada lagi tarikh release nya. Tetapi, Nintendo ada memberikan beberapa info terbaru.

DLC yang dinamakan sebagai Harvest Scramble ini bakal mempunyai lebih banyak perbualan di antara karakter Azura & Camilla, Ryoma & Scarlet, Izana & Elise, dan ramai lagi belum diketahui. Terdapat juga CGI baru menunjukkan seseorang menari-nari.

FE-Fates-DLC-1

DLC Halloween Scramble tidak ada banyak info mengenainya lagi. Tetapi jika anda menghabiskan peta DLC ini, anda bakal mendapat skill baru iaitu Proximity Shot.

FE-Fates-DLC-3

Dalam DLC Failed RevolutionDLC ini seperti memaparkan jalan cerita alternative yang lain di mana kesemua karakter ibu bapa di dalam cerita ini menemui ajal. Namun, Azura kembali membuat penampilan sebagai sejenis hantu.

FE-Fates-DLC-2 Fire Emblem Fates : Birthright dan Fire Emblem Fates : Conquest telah pun berada di pasaran Amerika Utara (NA) pada 19-Februari-2016 untuk handheld 3DS. Pasaran Europe (EU) bakal bertemu game hebat ini pada 20-Mei-2016.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

No Man’s Sky: Release Date Dah Keluar! Sekali Dengan Collector’s Edition Tu!

Tokyo Mirage Sessions #FE : Akan Menemui Anda Dengan Versi Bahasa Inggeris!