in , , ,

Fire Emblem Fates: Conquest: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Kali ini, kitorang akan review game Fire Emblem Fates: Conquest, yang dikeluarkan oleh Intelligent System untuk konsol 3DS! Jom layan!

Untuk makluman korang, game ini ada dua versi fizikal, iaitu Conquest dan Birthright dan satu versi digital, Revelation. Untuk review ini, saya akan review versi Conquest, manakala rakan saya, Intan Megikari akan review versi Birthright. Setiap versi mempunyai jalan cerita berbeza dan stail gameplay yang berbeza, oleh itu, tanpa lengahkan masa, mari kita tengok review ini!

Cerita Game Ini Camner?

Cerita game ini bermula dengan protagonist menghadapi dilemma untuk memilih antara dua pihak dalam peperangan, iaitu pihak Nohr, diketuai Putera Xander dan pihak Hoshido, diketuai Putera Ryouma. Protagonist yang dilahirkan dari Hoshido, tapi membesar di Nohr keliru untuk memilih pihak kerana situasi rumit kelahiran beliau dan juga beliau telah didedahkan dengan rancangan sebenar Raja Garon dan juga siapakah adik-beradik beliau yang sebenar. Jeng jeng jeng!

462133_scr4_aJika pemain memilih Nohr, pemain akan berpura-pura mengikuti rancangan jahat Raja Garon untuk menakluk Hoshido, namun protagonist cuba sedaya-upaya untuk mencapai persefahaman antara Hoshido dan Nohr dengan caranya tersendiri, dengan sedaya-upaya untuk tidak membunuh mana-mana pihak, di samping cuba menunjukkan kepada adik-beradik beliau di Nohr siapakah musuh sebenar.

Game Ini Bagus, Tapi…

…ada kelemahannya! Walaupun secara peribadinya, kelemahannya kecil dan tidak mengganggu keseluruhan gameplay game ini. Pertama sekali, untuk mereka yang idamkan suara Jepun bagi karakter mereka, fakta ini mungkin akan mengecewakan anda, iaitu tiada dual audio di dalam game ini dan hanya ada dub bahasa Inggeris sahaja. Walaupun ianya tidaklah seteruk yang disangka, ada sesetengah bahagian yang boleh membuatkan anda kurang selesa ketika bermain.

Di samping itu, di dalam versi Conquest ini, anda hampir tiada peluang untuk grinding supaya karakter korang menjadi lebih kuat dan korang hanya boleh grind mengunakan EXP DLC . Walaupun begitu, ini juga menjadi satu kelebihan di mana saya akan terangkan dengan lebih lanjut nanti.

Ini Antara Game Terbaik Yang Pernah Saya Mainkan! 

Terdapat banyak kelebihan di dalam game ini yang membuatkan saya terpikat dan melekat dengan game ini. Antaranya ialah versi Conquest lebih mencabar dan memerlukan lebih kepelbagaian taktik, sistem strategi RPG (SRPG) yang simple dan pantas, interaksi dengan karakter-karakter yang menawan, dan jalan cerita yang menarik dan ada kelainan.

Versi Conquest Lebih Mencabar dan Memerlukan Permainan Taktikal!

Jika hendak dibandingkan dengan versi Birthright, versi Conquest ini lebih mencabar dan memerlukan lebih kepelbagaian taktik bagi memastikan korang dapat memenangi setiap map di dalam cerita. Setiap map di dalam versi ini mempunyai lebih banyak objektif yang pelbagai dan memerlukan pemain mengunakan pemikiran yang lebih kreatif dan kritikal untuk menyelesaikan setiap objektif.

Di samping itu, tadi saya telah berbincang mengenai kelemahan di mana kurangnya peluang untuk grinding. Ini adalah salah satu faktor kenapa Conquest lebih mencabar, kerana korang perlu mengambil kira berapa banyak exp yang perlu korang berikan kepada team korang, supaya setiap ahli team korang seimbang dari segi kekuatan dan dapat digunakan untuk strategi korang nanti, menjadikan game ini lebih fokus kepada strategi dalam gameplay. Untuk gambaran lebih lanjut, ini adalah sedutan gameplay Conquest!

Sistem Strategi RPG (SRPG) Yang Simple dan Pantas!

Seterusnya, kita teruskan dengan sistem gameplay dia. Secara asasnya, game ini adalah turn-based strategy RPG atau pendek kata, SRPG. Sistem gameplay game ini mudah dan juga pantas ketika perlawanan berlangsung. Pada setiap perlawanan, game ini akan menggunakan sprite 2D untuk pergerakan karakter dari grid ke grid dan grafik 3D untuk animasi perlawanan. Video di bawah boleh memberikan gambaran battle sistem game ini dengan lebih jelas!

Selain daripada itu, dari segi customization, ianya mengunakan sistem asas level up, di mana setiap karakter akan menerima EXP points melalui setiap serangan dan musuh yang ditumpaskan. Anda boleh belajar skills melalui level up dan tukar kelas kepada kelas lebih baik untuk menjadi lebih kuat!

Untuk memudahkan perjalanan korang ketika bermain versi ini, korang kena tahu setiap kelas karakter yang ada dalam versi Conquest ini dan pilih yang mana sesuai untuk misi anda. Video di bawah memberikan anda info sepintas lalu supaya korang dapat idea asas tentang kelas-kelas di dalam versi Conquest ini!

Interaksi Antara Karakter yang Menawan!

Di samping itu, karakter-karakter yang menawan di dalam versi ini juga boleh berinteraksi dengan kita dan karakter-karakter lain dengan sistem support. Sistem support adalah sistem di mana kita boleh unlock perbualan antara satu unit dengan unit yang lain apabila kita letakkan mereka secara berpasangan di dalam perlawanan. Semakin tinggi level support antara mereka, makin kuat pasangan tersebut di dalam perlawanan. Tambahan pula, setiap perbualan antara unit agak menarik dan dapat memberikan gambaran lebih mengenai setiap unit, di samping dapat memberi kelebihan dan membaiki kelemahan setiap unit di dalam perlawanan.

WVW69i7rwnwfxNkXAP (1)

Di samping itu, terdapat pelbagai unit yang korang boleh pilih untuk dipadankan dengan karakter ciptaan korang dan buat mereka sebagai husbando ataupun waifu korang, di mana korang boleh menaikkan level support ke level S! Di samping dapat memilih husbando atau waifu idaman korang dalam game ini, korang juga dapat akses untuk menjadikan karakter korang pasangan yang kuat di dalam perlawanan dan dapat menguasai setiap map dengan lebih mudah.

WVW69i63A2Ysr0yzGG-vert

Jalan Cerita yang Menarik dan Ada Kelainan!

Last sekali, jalan cerita game ini memang menarik dan ada kelainannya yang tersendiri. Ianya ada kelainan tersendiri kerana protagonist perlu mengikut Nohr, yang diperintah oleh Raja Garon yang dikenali dengan kekejaman dalam pemerintahannya. Ianya ada kelainan tersendiri di mana protagonist memilih pihak yang tidak menunjukkan sifat biasa seorang pejuang keamanan, dan pada awalnya, ianya nampak seperti kita pilih pihak yang jahat dan kita dapat rasakan kita mengkhianati pihak yang baik.

WVW69i7sJ182g_qG7n

Namun begitu, adik beradik protagonist tidak mengikut telunjuk Raja Garon, iaitu ayah mereka bulat-bulat. Mereka cuma memberontak dengan cara mereka sendiri, dan prinsip sendiri. Sepanjang perjalanan cerita, pendirian mereka juga membantu protagonist untuk berkembang dengan lebih baik, dan memberikan protaganist hala-tuju yang lebih jelas dalam game ini, menjadikan cerita versi Conquest amat menarik dan lain daripada yang lain.

WVW69i7sLNgO-wGPXZ
Jadi, BOLEH BELI atau BOLEH BLAH ?

BOLEH BLAH – Kalau korang tak boleh tahan tahap difficulty yang tinggi, kurang peluang grinding dan belum pernah main mana-mana siri Fire Emblem, korang boleh skip versi ini dan beli versi Birthright, kerana Birthright lebih senang dan lebih banyak peluang untuk menaikkan level unit korang, di samping lebih mudah untuk newcomers. Plus, kalau korang tak suka game SRPG secara umum, boleh skip game ini dan beli game lain.

BOLEH BELI – Kalau korang veteran Fire Emblem, suka tahap difficulty yang tinggi, ini ialah game untuk korang! Dengan pelbagai objektif dan kurang peluang grinding seperti siri-siri Fire Emblem yang lama, sudah pasti akan membuat korang terpikat dengan versi ini dan dapat menikmatinya dengan sebaik mungkin!

Tiada dual audio dalam game ini.
Hampir tiada peluang untuk grinding.

Versi yang lebih mencabar dan memerlukan kepelbagaian strategi.
Sistem SRPG yang simple dan pantas.
Interaksi antara karakter-karakter yang menarik lagi menawan!
Jalan cerita yang menarik dan lain daripada yang lain.

Written by Afiq Phirinko

Guest-writer untuk site JomGaming.my, juga seorang pelukis amatur yang suka main game JRPG dan aksi, di samping meminati superhero Jepun.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

DotA 2: Persembahan Hambar Di Shanghai Major – Team EHOME Lakukan Rombakan!

Plants vs. Zombies Garden Warfare 2: Update 1.02 Dah Direlease Sekarang!