in , ,

Final Fantasy XVI Diumumkan Untuk PS5, Saksikan Trailer Gameplay

Francais tersohor daripada Square Enix, Final Fantasy bakal meneruskan kegemilangannya ke PlayStation 5.

Final Fantasy XVI telah diumumkan dalam acara khas PS5 pada awal pagi tadi. Mereka turut mendedahkan bahawa Final Fantasy XVI merupakan sebuah game eksklusif PS5 untuk konsol, dan turut akan dilancarkan ke PC.

Tiada tarikh pelancaran diumumkan, yang mana penerbit Final Fantasy XVI, Naoki Yoshida hanya menyatakan bahawa info besar seterusnya tentang game ini dijadualkan akan dikongsikan pada tahun 2021. Kalau korang masih ingat, pembangunan sirinya sebelum ini, Final Fantasy XV mengambil masa kira-kira sedekad untuk pembikinan.

Sebuah trailer yang menggabungkan babak sinematik dan gameplay telah diperlihatkan. Jom layan trailer yang digelar “Awakening” ini:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Sony Umumkan Harga Dan Tarikh Pelancaran PS5

Hogwarts Legacy: Game Aksi RPG Dalam Dunia Harry Potter Era 1800-an

Hogwarts Legacy: Game Open-World RPG Dalam Universe Harry Potter Era 1800-an