Antara pengumuman terbesar yang dibawakan ketika The Game Awards 2022 pada Jumaat lalu adalah mengenai Final Fantasy XVI.
Square Enix melalui penerbitnya Naoki Yoshida telah naik ke pentas untuk mendedahkan tarikh pelancaran Final Fantasy XVI.
Final Fantasy XVI akan dilancarkan pada 22 Jun 2023 untuk PS5.
Game ini akan menjadi eksklusif untuk PS5 sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember 2023 sebelum ia dikeluarkan ke platform lain pula.
Bersama-sama dengan pengumuman tarikh pelancaran ini, Square Enix turut memperlihatkan trailer sinematik baharu, serta mengumumkan yang pra-tempah Final Fantasy XVI versi digital sudah boleh dilakukan di PlayStation Store.
Berikut ialah pautan untuk pra-tempah Final Fantasy XVI di PlayStation Store:
Kepada penggemar edisi fizikal, Square Enix telah mendedahkan item-item dan harga untuk Deluxe Edition dan Collector’s Edition, namun pra-tempah untuk kedua-dua edisi fizikal ini masih belum dibuka.
Deluxe Edition (Fizikal) (RM429)

Collector’s Edition (RM1,599)

Comments
Loading…