in ,

Final Fantasy XV: Trailer Terbaru Dari Event Uncovered FFXV!

Dengan lagu yang sungguh menyentuh perasaan, Stand By Me!

Sempena dengan event Uncovered: FFXV pagi tadi waktu Malaysia, satu trailer terbaru dengan nama “Reclaim the Throne” dari Square Enix telah pun di-release! Kali ini, dengan lebih banyak content dan dengan lagu tema rasmi FFXV, Stand By Me.

Video trailer ini mengetengahkan event yang memulakan cerita FFXV, plot cerita Noctis dan rakan-rakan dalam perjalanan menemui tunang Noctis, Lunafreya, dan usaha menyelamatkan Kingdom of Lucis dari ditindas Niflheim.

Beberapa content terbaru mengenai FFXV turut dipertunjukkan dalam trailer ini, antaranya adalah kemunculan Titan, sebuah summon iconic dalam siri Final Fantasy. Sama ada Titan adalah musuh atau summon, belum lagi diketahui.

Square Enix juga turut mengumumkan lagu tema FFXV, Stand By Me, sebuah lagu klasik yang dinyanyikan kembali untuk game ini. Dinyanyikan oleh Florence+The Machine, lagu tema yang membuatkan para peminat kipas-susah-mati menangis kegirangan menonton trailer terbaru ini.

FFXV-Florence

Syabas Square Enix!

Final Fantasy XV bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 30 September 2016, pada console PS4 dan XboxOne.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy XV: Harga Standard Edition, Deluxe Edition & Ultimate Collector’s Edition Bagi Peminat Di Malaysia!

Final Fantasy XV: Artwork Terbaru Yoshitaka Amano Dalam Bentuk 3D