in , ,

Final Fantasy XV: Square Enix Bakal Mengumumkan Tarikh Release Pada 30 Mac!

Dalam dunia gaming yang sekarang ini, pengumuman untuk mengumumkan tarikh release game dah buat orang tak sabar nyeeee!

Dalam satu sidang yang dipanggil prerecorded-Active Time Report, Square Enix telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan satu tarikh yang official untuk worldwide release bagi game yang sangat dah lama ditunggu para peminat, Final Fantasy XV.

FFXV-Release-Date-Announcement-001

Pengumuman ini akan dilakukan sempena event yang dipanggil Uncovered: Final Fantasy XV dan akan bertempat di Shrine Auditorium, Los Angeles. Greg Miller dan Tim Gettys bakal menjadi pengacara untuk event ini dan tiket bakal dijual di sini.

FFXV dinanti-nantikan para peminat sejak tahun 2006 lagi, di mana pada masa itu FFXV dikenali sebagai Final Fantasy Versus XIII untuk platform Playstation 3. Namun pada tahun 2013, semasa event E3 2013, Square Enix membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa FFVersusXIII bertukar menjadi FFXV dan akan keluar di platform PS4 dan Xbox One.

Setelah 10 tahun penantian, pengumuman untuk release sahaja sudah membuatkan hati peminat berdebar-debar! Sama-sama kita nantikan!

JomBaca: FFXV: Active Time Report Bakal Datang Dan Screenshots Magic, Stealth Yang Baru!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Stikbold: Dodge Ball Versi Kartun

Metal Gear Online: DLC Hadir Bersama Quiet, Peta Baru Dan Appeal Actions!