in , , , , ,

Final Fantasy XV: Royal Edition Diumumkan Secara Rasmi; Berkongsi Tarikh Dengan Final Fantasy XV Versi PC

Nampaknya khabar angin itu adalah benar.

JomGaming pernah melaporkan sebelum ini bahawa Final Fantasy XV: Royal Edition sudah dinilai oleh ESRB. Kali ini, Square Enix sekaligus mengumumkan Final Fantasy XV: Royal Edition dan Final Fantasy XV: Windows Edition akan dikeluarkan secara serentak.

Royal Edition dan Windows Edition akan menggabungkan game asal termasuk kandungan Season Pass seperti episod penceritaan karakter Gladiolus, Prompto dan Ignis dan DLC multiplayer Comrades serta membolehkan pemain bukan sahaja hanya bermain Noctis malah boleh bertukar-tukar antara karakter.

Lebih-lebih lagi, dunia Final Fantasy XV menjadi lebih besar dengan penambahan kawasan lebih luas untuk Insomnia City Ruins dengan side quests dan boss baru seperti Omega, Cerberus dan Rules of Yore.

Selain itu, pemain boleh menaiki dan mengemudi Royal Boat ke kawasan antara Cape Caem dan Altissia buat pertama kali. Anda juga boleh memancing pelbagai ikan baru sambil anda berada di atas Royal Boat.

Kepada pemain yang sudah mengumpul kesemua 13 Royal Arms, pemain akan menerima skil aksi baru untuk Armiger bernama Armiger Unleashed yang boleh mengeluarkan serangan kuasa lebih besar apabila Armiger dipanggil oleh Noctis.

Antara ciri-ciri lain disertakan bagi versi PC dan Royal Edition ialah mod first-person baru, senarai Trophy/Achievements baru dan juga pelbagai senjata, car skins dan set item baru.

Final Fantasy XV: Royal Edition akan dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One manakala Final Fantasy XV: Windows Edition akan tiba di PC pada 7 Mac 2018.

Kepada pemain yang sudah memiliki game asal Final Fantasy XV, jangan risau anda juga boleh merasai semua ciri baru di Royal Edition. Anda hanya perlu membayar $19.99 (RM79.27) untuk penaiktarafan ke Final Fantasy XV: Royal Edition.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dapatkan The Red Solstice Secara Percuma Sekarang!

Satu Lagi Sesi Open Beta Dragon Ball FighterZ Akan Berlangsung, Umum Bandai Namco