in , , ,

Final Fantasy XV: Royal Edition Didedahkan Dalam Senarai ESRB

ESRB sudah menilai Final Fantasy XV: Royal Edition menandakan game JRPG ini mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut laman sesawang ESRB, Final Fantasy XV: Royal Edition sudah dinilai termasuk dalam kategori remaja (Teen), akan dikeluarkan untuk PS4 dan Xbox One.

Walau bagaimanapun, ESRB tidak mendedahkan kandungan apa yang akan disertakan dalam versi Royal Edition ini.

Namun, ini mungkin menunjukkan klu bahawa Royal Edition yang akan dikeluarkan adalah gabungan Final Fantasy XV bersama-sama segala kandungan DLC yang telah dikeluarkan (post-launch content) selepas pelancaran game asal seperti episod penceritaan karakter Gladiolus, Prompto dan Ignis dan DLC multiplayer Comrades.

Mungkin ini adalah masa sesuai untuk mengeluarkan keseluruhan post-launch content bersama-sama game asal sejak Final Fantasy XV diumumkan bagi versi PC pada awal tahun ini.

Setakat ini, Square Enix masih lagi belum mengumumkan secara rasmi tentang Final Fantasy XV: Royal Edition. Selain itu, Square Enix juga akan mengumumkan tarikh-tarikh untuk game ‘besar’ yang dinanti-nantikan oleh pemain pada tahun ini.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fernando Alonso Tubuhkan Pasukan Esport Racing Beliau, Pemilihan Bermula Dalam GT Sport Secara Online

Fortnite Battle Royale: ‘Cozy Campfire’ Diperkenalkan Sebagai Item Baru, Beberapa Isu Diperbaiki