in , , ,

Final Fantasy XV: Platinum Demo Boleh Mula Download Sekarang!

Square Enix pada acara Uncovered: Final Fantasy XV telah mengumumkan Platinum Demo!

Untitled

Mereka telah mengesahkan Platinum Demo boleh dimuatturun bermula hari ini. Demo ini mengetengahkan Noctis si kecil dan Carbuncle yang comel serta satu summon iconic dalam Final Fantasy. Premis demo ini adalah di dalam mimpi Noctis – ianya mempunyai jalan cerita tersendiri, tiada kaitan dengan cerita utama game FFXV sebenar.

Mereka juga telah memperlihatkan gameplay untuk demo ini. Ia telah menunjukkan Carbuncle yang setia di sisi Noctis, terdapat pertukaran cuaca, anda boleh bertukar menjadi monsters dan banyak lagi.

Anda boleh tontonnya di bawah:

Semasa di atas pentas, Mat Kishimotor juga telah menunjukkan gameplay demo ini yang dimainkan secara langsung oleh beliau. Berikut adalah gameplay tersebut:

Paling penting, demo ini adalah PERCUMA! Tiada pre-order atau pendaftaran perlu dilakukan sama sekali. Anda dah boleh mula muat turun sekarang di PS4 dan Xbox One!

12901395_1712754919008154_2566181240366698081_o

JomBaca: Final Fantasy XV: 30 September 2016 – Tarikh Release Rasmi Akhirnya Diumumkan!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy XV: 30 September 2016 – Tarikh Release Rasmi Akhirnya Diumumkan!

Final Fantasy XV: Harga Standard Edition, Deluxe Edition & Ultimate Collector’s Edition Bagi Peminat Di Malaysia!