Minigame Final Fantasy XV bakal tiba di hujung jari korang tak lama lagi!

Pada event Uncovered FFXV pada Mac yang lepas, Square Enix telah mengumumkan minigame Justice Monsters Five yang ada dalam game Final Fantasy XV, akan di release di pelantar iOS, Android dan Windows 10.

Belum ada tarikh yang pasti, namun Square Enix baru sahaja mengumumkan bahawa versi untuk pasaran Jepun akan dilancarkan pada akhir bulan Ogos nanti!
Justice-Monsters-Five-004Justice Monsters Five adalah minigame yang boleh dimainkan Noctis dan rakan-rakan dalam game Final Fantasy XV. Noctis dan rakan-rakan dikatakan sangat ketagih bermain game ini. Jadi, Square Enix berhasrat untuk berkongsi ketagihan ini kepada para peminat semua!

Justice-Monsters-Five-002

Minigame ini adalah gabungan daripada game klasik pinball dan elemen role-playingMonsters ikonik Final Fantasy turut akan membuat kemunculan dalam Justice Monsters Five. Dalam game ini, korang perlu mengawal orb pinball tersebut dengan hanya menggunakan jari korang. Orbs ini juga boleh dinaik taraf, mendapat power up dan macam-macam lagi untuk menghapuskan monsters jahat!

Justice-Monsters-Five-005

Final Fantasy XV bakal release di seluruh dunia pada 30 September 2016 pada pelantar PlayStation 4 dan Xbox One, manakala minigame Justice Monsters Five bakal release pada akhir bulan Ogos di pasaran Jepun pada pelantar iOS, Android dan Windows Phone.

Sumber: NovaCrystallis

JomKomen!