in , , ,

Final Fantasy XV : Magic, Combat System Yang Lain Dari Demo, Niflheim Empire Dan Intro Dragoon Lady Yang Dinantikan Ramai!

Sangat banyak info terbaru dan footage terbaru yang pasti membuatkan anda excited sangat, dan yang pasti, siapakah gerangan Dragoon Lady yang badass ini?

Seperti dilaporkan sebelum ini, Square Enix telah pun selamat mengadakan event Active Time Report pada 30/1/16.

FFXV-Niflheim-003

Kami pernah melaporkan bahawa terdapat elemen magic di dalam FFXV. Di dalam ATR kali ni, director FFXV, Hajime Tabata memberitahu bahawa selain Fire, terdapat elemen-elemen lain daripada bumi FFXV yang digunakan (dinamakan sebagai Elemental Magic) iaitu Blizzard dan Thunder; 2 elemental magic klasik dalam siri Final Fantasy (FF).

JomBaca: FFXV : Active Time Report Bakal Datang Dan Screenshots Magic, Stealth Yang Baru !

Mengenai Fire, berbanding dengan siri FF sebelum ini, jika anda menggunakan Fire, ia hanya akan memberikan impak kepada target anda. Tetapi ini sama sekali berbeza dengan FFXV. Apa sahaja yang boleh disambar api dek kerana anda menggunakan Fire akan turut terbakar! Jika anda meneliti video ATR ini, anda akan mendapati bahawa api boleh menjadi semakin marak jika ada elemen-elemen yang sesuai untuk memarakkan api.

Penggunaan elemental magic ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada persekitaran anda, namun ianya juga memberi kesan kepada Noctis dan rakan-rakan.

Semakin api marak, rakan-rakan Noctis akan melarikan diri daripada kawasan yang terbakar. Malah, jika anda yang bermain sebagai Noctis, cuba untuk mendekati kawasan yang terbakar ni, secara automatik Noctis akan berundur dari kawasan tersebut. Jika Noctis dan rakan-rakan terkena api ni, maka mereka turut akan menerima damage. Tempat yang mereka kena api juga akan mempunyai kesan terbakar!

FFXV-Magic-003

Cuaca juga memainkan peranan yang penting ketika anda menggunakan magic. Sekiranya keadaan waktu ketika itu adalah hujan, dan anda menggunakan Fire, api tidak akan merebak dan sebaliknya akan serta merta padam. Tetapi jika anda menggunakan Thunder dalam cuaca begini, damage yang dihasilkan adalah lebih tinggi dari biasa! Wow!

Jika ada air di kawasan yang sedang anda bertarung, dan anda menggunakan magic Blizzardair itu akan membeku. Monsters samada akan mempunyai pergerakan yang lebih perlahan, atau mati terus sebab tak tahan beku!

Dengan perincian yang sebegini, anda harus berfikir 2-3 kali sebelum menggunakan magic!

FFXV-Aranea-Noctis-001

Elemental Magic juga boleh dikategorikan sebagai sejenis item tetapi bukanlah item yang boleh anda beli dari in-game kedai. Ia seperti suatu tenaga yang perlu anda kutip di merata-rata tempat dalam dunia FFXV dan kemudian boleh disimpan di dalam inventory anda. Anda kemudian perlu equip energy-energy ini sebagai weapon anda untuk digunakan semasa battle.

Selain Elemental Magic, terdapat satu lagi jenis magic yang dinamakan sebagai Ring Magic. Ring Magic adalah magic yang diturunkan secara turun-temurun kepada mereka yang membawa/memakai the royal ring of Lucis dan dalam kes FFXV ini, sudah semestinya Noctis. Noctis hanya akan dapat menggunakan Ring Magic ini apabila telah mencapai point tertentu di dalam jalan cerita.

FFXV-Bite-001

Hajime Tabata kemudiannya memberikan lebih banyak info mengenai Niflheim Empireyang merupakan pihak antagonis dalam FFXV.

FFXV-Niflheim-001

Niflheim adalah sebuah empire yang sangat berkuasa. Mereka telahpun menakluk majoriti dunia FFXV. Dan kini, mereka cuba untuk menakluk Lucis, dimana Noctis adalah putera raja bagi kingdom ini.

Berbanding dengan Lucis yang mempunyai kekuatan ketenteraan daripada magic (mereka memasang satu magical barrier yang sangat besar yang mempertahankan Lucis dari serangan luar),  kekuatan Niflheim, seperti yang dapat kita dapat tengok di gambar atas, adalah pada jumlah military power yang sangat banyak dan besar. Mereka mempunyai askar bukan manusia, Magitek Infantry yang banyak dan Magitek Armor (Magitek adalah singkatan untuk Magical Technology) yang besar dan berlambak. Keseluruhan tamadun Niflheim adalah diasaskan daripada teknologi ini.

Jika anda pernah bermain demo FFXV Episode Duscae sebelum ini, anda pasti akan bertembung dengan Magitek Infantry ini. Tengah syok-syok lari menikmati persekitaran Episode Duscae, tiba-tiba muncul kapal entah dari mana, lepas tu datang beberapa askar mekanikal ini mahu bertarung dengan anda. Game on!

Dan jika anda pernah bermain Final Fantasy Type-0 sebelum ini, bagi pendapat saya, lebih kurang lah perasaan nya menghadapi Milites Empire yang mempunyai sumber Magitek Armor.

Hajime Tabata turut memberikan lebih banyak detail tentang organisasi Niflheim.

FFXV-Niflheim-002

Yang terutama sekali di dalam Niflheim Empira sudah tentulah emperor nya, Iedolas AldercaptIedolas merupakan seorang supremacist yang kejam dan karier politiknya hanyalah tertumpu untuk meluaskan kuasa jajahan Niflheim.

FFXV-Niflheim-Iedolas-001

Walaupun Iedolas merupakan emperor Niflheim, namun dia sekarang sedang dalam fasa separuh pencen. Manusia yang betul-betul mentadbir dunia politik Niflheim sekarang adalah seorang yang kita pernah nampak dalam trailer FFXV sebelum ini, yang memakai topi dan mempunyai rambut merah, Chancellor Ardyn Izunia.

FFXV-Niflheim-Ardyn-001 Ardyn mempunyai personaliti yang licik, dan kadang-kadang kelakar, dan memainkan peranan yang sangat penting FFXV. Ardyn juga adalah orang yang bertanggungjawab memperluaskan teknologi Magitek Infantry yang dicipta oleh researchers seperti Verstael.

FFXV-Niflheim-Glauca-001

General Glauca adalah ketua kepada military army Niflheim. Dibawah Glauca adalah barisan Magitek Infantry dibawah naungannya.

FFXV-Niflheim-Magitek-Infantry-001

Current Combat Prototype seperti atas ini adalah Magitek Infantry yang biasa anda jumpa di dalam demo FFXV, Episode Duscae. Unit ini dibina khas untuk bertarung dan akan diarahkan untuk terus ke tempat battle menerusi assault landing craft, seperti yang saya ceritakan sebelum ini.

Dan pastinya fans tertanya-tanya, siapakah gerangan dragoon wanita di dalam trailer FFXV sejak zaman FFXV dikenali sebagai FFVersusXIII. Semestinya Hajime Tabata tidak menghampakan fans!

Wanita dragoon yang sangat bad ass ini bernama Aranea Highwind. Aranea mempunyai satu resume yang sangat hebat! Jika anda biasa dengan siri FF sebelum ini, nama Highwind memang dikhaskan untuk mereka yang sangat hebat dalam job class dragoon!

FFXV-Aranea-Highwind-001

Aranea adalah Captain bagi Third Army Corps 86th Airborne Unit kepunyaan Niflheim Empire. Dia dikenali sebagai The Dragoon oleh tentera Niflheim kerana skill nya yang sangat hebat dalam aerial combat.

FFXV-Aranea-Highwind-002

Hajime Tabata kemudian meneruskan dengan menayangkan battle footage terbaru yang bertempat di Niflheim Base. Nantikan artikel seterusnya daripada saya untuk lebih terperinci mengenai battle footage terbaru ini dan perbezaan diantara battle ini dan demi Episode Duscae. Apa yang pasti, boleh dikatakan perubahan 180 darjah terus daripada demo ke footage terbaru ini!

Event Square Enix seterusnya dinamakan Uncovered : Final Fantasy XV yang bakal diadakan pada 30-Mac-2016 nanti! Dan pada event ini, Square Enix berjanji akan mengumumkan tarikh release game FFXV ini. Tak sabarnya!

JomBaca: Final Fantasy XV: Square Enix Bakal Mengumumkan Tarikh Release Pada 30 Mac!

Anda boleh menonton keseluruhan Active Time Report di video berikut. Enjoy!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Metal Gear Online: DLC Hadir Bersama Quiet, Peta Baru Dan Appeal Actions!

11 Games Yang Bakal Menggegar Februari 2016!