Square Enix baru sahaja release beberapa info baru seperti Titan yang besar kita tengok hari tu, aliran game dan pelbagai jenis senjata Noctis boleh guna!

Titan dan Niflheim Army Battle (Telah dimainkan di E3 2016)

Dalam dunia Final Fantasy XV, terdapat makhluk yang sangat besar yang dikenali sebagai “Astrals”. Dengan menunjukkan kepada makhluk-makhluk besar ini kekuatan dan keupayaan korang, mereka akan membenarkan korang meminjam kuasa mereka ketika battle!         Final-Fantasy-XV-240616-004 Final-Fantasy-XV-240616-003 Final-Fantasy-XV-240616-002 Final-Fantasy-XV-240616-001

Titan Astral, yang membawa sebiji batu yang sangat besar dibelakangnya, hidup dengan aman di dunia yang lain. Namun, tentera Niflheim merancang untuk menggunakan kekuatan ketenteraan mereka untuk membunuh Titan tersebut. Noctis dan rakan-rakan tanpa melengahkan masa masuk bertarung di antara tentera Niflheim ini dan Titan yang sedang mengamuk! Dan jika mereka berjaya menunjukkan keupayaan dan kekuatan mereka sehingga ke tahap yang memuaskan bagi Titan, mereka akan berjaya meminjam kuasa Titan ini kelak!

Aliran Permainan (Game Flow)

Terdapat 6 cara untuk meneruskan permainan dalam Final Fantasy XV. Cara yang pertama adalah dengan mengambil main quest. Korang perlu pergi ke tempat yang telah ditetapkan dalam map untuk mengambil quest ini.

Final-Fantasy-XV-240616-005

Kemudian, korang samada boleh terus melakukan main quest tersebut untuk meneruskan jalan cerita utama ataupun mengambil sedikit detour, dengan melakukan sub-quests yang ada seperti mencari dan membunuh monster-monster tertentu.

Final-Fantasy-XV-240616-006

Final-Fantasy-XV-240616-008

Di dalam Final Fantasy XV, seperti kami laporkan sebelum ini, terdapat kitaran siang dan malam. Cuaca juga boleh berubah-ubah. Pabila malam tiba, lebih banyak musuh dan monsters yang lebih kuat akan keluar. Korang boleh meneruskan perjalanan korang ataupun korang boleh mencari camping spot yang ditandakan di map korang untuk berkhemah, berehat, makan dan yang paling penting sekali, untuk level up hasil penat lelah korang kumpul experience points seharian.

Final-Fantasy-XV-240616-010

Semasa camping, Ignis akan memasak makanan sedap-sedap untuk Noctis dan rakan-rakan. Dengan memakan masakan enak Ignis ini, Noctis dan rakan-rakan akan mendapat status buff untuk keesokan harinya. Setiap status buff  adalah berbeza-beza mengikut makanan yang dimasak Ignis. Hal ini boleh didapati semasa demo Episode Duscae dahulu.

Final-Fantasy-XV-240616-009

Korang boleh menggembara ke seluruh map Final Fantasy XV dengan pelbagai cara, samada dengan berjalan atau berlari, menaiki kereta, menaiki bot, menaiki Chocobo dan pelbagai cara lagi yang korang akan jumpa apabila korang bermain Final Fantasy XV nanti!

Final-Fantasy-XV-240616-007

Final-Fantasy-XV-240616-011

Battle / Shift

Keluarga diraja Lucis mempunyai ability yang ekslusif yang dinamakan “Shift”. Abiliti ini membolehkan Noctis warp. Walaupun abiliti ini boleh digunakan secara berleluasa dalam game ini, tapi harus ingat, menggunakan Shift akan menggunakan MP.

Final-Fantasy-XV-240616-012

Map Shift – Semasa battle, korang boleh baling senjata korang dan secara serta merta korang boleh Shift ke mana senjata korang berhenti. Tempat yang korang boleh Shift akan ditanda dengan satu ikon, dan kemudian Shift boleh dilakukan dengan serta merta dengan hanya menekan satu butang sahaja. Korang boleh menggunakan Map Shift ini melarikan diri ke tempat yang lebih tinggi untuk cepat-cepat memenuhkan kembali HP dan MP korang.

Final-Fantasy-XV-240616-013

Shift Break – Korang boleh menggunakan abiliti Shift ini untuk terus menyerang musuh dan monsters yang korang dah locked pada awal-awal.

Final-Fantasy-XV-240616-014

Final-Fantasy-XV-240616-015

Battle / Assault

Kalau korang pernah bermain Platinum Demo, korang mesti akan tahu yang korang boleh menyerang musuh dengan hanya menekan 1 butang ataupun hold butang tersebut. Battle korang boleh menjadi rancak dan laju jika korang rajin bertukar-tukar senjata dalam real time.

Terdapat sangat banyak senjata yang korang boleh jumpa dalam Final Fantasy XV. Korang boleh menukar senjata ini berdasarkan situasi dan musuh, dan ikut suka korang dengan menggunakan D-Pad.

Jenis-jenis Senjata

One-handed Sword

Senjata jenis ini membolehkan korang menyerang dengan laju jadi korang boleh sentiasa menyerang dan menyerang dan menyerang lagi! One-handed sword adalah senjata yang senang untuk dikendalikan.

Final-Fantasy-XV-240616-016

Great Sword

Senjata jenis ini adalah sangat berat. Disebabkan saiz dan beratnya, pergerakan korang ketika menggunakan senjata ini akan menjadi sangat perlahan. Namun, damage yang dikenakan adalah sangat tinggi dan banyak musuh yang akan terkena dengan serangan sahaja!

Final-Fantasy-XV-240616-017

Daggers

Daggers boleh digunakan untuk kedua-dua belah tangan untuk serang musuh dengan sangat laju. Walaupun daggers memberikan damage yang lebih rendah dari senjata yang lain, pergerakan korang akan menjadi lebih laju.

Final-Fantasy-XV-240616-018

Spear

Senjata jenis ini akan damage musuh korang dengan menggunakan lembing yang panjang dan tajam. Kuasa yang korang boleh dapat daripada Shift Break attack mungkin akan membuatkan korang kelihatan seperti Dragoon!

Final-Fantasy-XV-240616-019

Shield

Shield boleh digunakan sekali dengan one-handed sword. Dengan menggunakan shield, korang boleh mempertahankan diri korang daripada serangan musuh. Shield juga boleh digunakan untuk memecahkan stance musuh.

Final-Fantasy-XV-240616-021

Magic

Serangan magis seperti Fire adalah dianggap sebagai salah satu jenis senjata dalam Final Fantasy XV. Dengan membaling senjata magis berbentuk sfera ini ke arah musuh, magic yang berkaitan dengan senjata ini akan diaktifkan!

Final-Fantasy-XV-240616-020

Phantom Sword / Shuriken

Korang boleh menggunakan dua shuriken yang sangat besar di kedua-dua belah tangan korang dan boleh menggunakannya untuk menyerang musuh dari jauh! Walaubagaimanapun, menggunakan shuriken akan menggunakan MP korang.

Final-Fantasy-XV-240616-022

Battle / Guard Mode dan Dodge Roll

Korang boleh guard secara automatik dengan menekan sekali sahaja butang atau hold butang tersebut.

Final-Fantasy-XV-240616-026

Jika korang hold butang guard, korang secara automatik akan memasuki Guard Mode. Walaupun begitu, korang tetap akan menerima damage jika musuh menyerang korang dengan strong attack.

Final-Fantasy-XV-240616-023

Apabila korang dah dapat abiliti “Evade“, korang akan secara automatik akan mengelak serangan musuh apabila berada dalam Guard Mode, yang mana akan menggunakan MP. Sekiranya korang mengelak dari serangan musuh dengan timing yang betul, korang akan dapat simpan MP korang dan akan mencetus “Just Guard”. 

Final-Fantasy-XV-240616-024

Dengan menekan butang guard secara laju, korang boleh melakukan dodge roll yang membolehkan korang bergolek-golek dan mengelak daripada diserang.

Final-Fantasy-XV-240616-025

Battle / Parry

Apabila korang berjaya melakukan guard daripada serangan musuh, satu indikasi untuk korang parry serangan tersebut akan keluar. Dengan mencetuskan parry dengan timing yang betul, korang boleh melakukan serangan balas yang sangat hebat yang boleh menghasilkan damage yang sangat tinggi!

Final-Fantasy-XV-240616-027

Battle / Link

Bergantung kepada situasi, korang boleh melaksanakan satu serangan dengan kerjasama daripada rakan-rakan Noctis yang lain, yang dipanggil “Link”.

“Link Attack” adalah serangan yang dihasilkan daripada parry yang berjaya dilakukan. Selain daripada itu, terdapat pelbagai situasi lain yang akan menghasilkan “Link Attack”. 

Final-Fantasy-XV-240616-029

Final-Fantasy-XV-240616-028

“Back Attack Link” adalah serangan yang berjaya dihasilkan daripada belakang musuh. Link Attack jenis ini menghasilkan 1.5 kali lebih banyak damage daripada biasa. Back Link Attack juga boleh dicetuskan dengan rakan-rakan Noctis yang lain untuk menghasilkan damage yang lebih tinggi!

Final-Fantasy-XV-240616-031

Final-Fantasy-XV-240616-030

Sumber: Gematsu

Final Fantasy XV bakal release di seluruh dunia pada 30 September 2016 pada pelantar PlayStation 4 dan Xbox One.

JomKomen!