in , , ,

Final Fantasy XV : Director Berharap Anda Akan Menangis Dengan Ending FFXV!

“I want to create a very emotional ending to the game and want to make as many people cry as possible,” kata Hajime Tabata, director FFXV kepada Game Informer.

Dalam isu April 2016 majalah Game Informer, Tabata-san berkata beliau mengabdikan diri dan masa beliau bermain FFXV untuk menghasilkan satu ending yang penuh emosi yang pastinya boleh membuat anda menangis.

Tabata-san mengatakan jika dia menghabiskan game FFXV ini dengan ending yang tidak memberi sebarang impak, dia pasti akan kecewa. Sebagai seorang director, Tabata-san mahukan ending yang sangat beremosi untuk para gamer yang bakal menghabiskan banyak masa untuk game ini.

FFXV-Featured-Image-001

Tabata-san juga berharap FFXV dapat memberikan impak yang sama besar di dalam komuniti gamers seperti yang dilakukan oleh Final Fantasy VII. Menurutnya, dalam team FFXV, mereka menggunakan FFVII sebagai satu cabaran untuk menghasilkan sebuah game Final Fantasy yang dapat merentasi kehebatan FFVII. Ini dijadikan sebagai motivasi yang hebat untuk team FFXV sendiri.

Final Fantasy XV bakal keluar pada tahun ini, pada tarikh yang akan diumumkan kelak pada 30-Mac-2016, untuk platform PS4 dan XboxOne.

JomBaca: Final Fantasy XV: Square Enix Bakal Mengumumkan Tarikh Release Pada 30 Mac!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PES 2016: Gareth Bale Bakal Menghiasi Muka Hadapan DLC EURO 2016!

Rocket League: Pemain di Xbox One Kini Mencecah 1 Juta!