Ini adalah apa yang bakal anda peroleh dalam kemaskini semasa hari pelancaran Final Fantasy XV nanti.

final-fantasy-xv-master-version

Minggu lalu, Square Enix telah mengumumkan bahawa terdapat kemaskini yang akan pemain dapati semasa memainkan Final Fantasy XV pada hari pertama pelancaran. Terbaru, mereka telah dedahkan apakah penambahan yang bakal dilakukan dalam kemaskini tersebut.

Kemaskini tersebut telah diberikan nama “Crown”, di mana ia bakal membawakan penambahbaikan terhadap gameplay dan jalan cerita. Mereka menyatakan bahawa kemaskini ini adalah hasil pembangunan tambahan yang dilakukan antara waktu game ini sudah mula dicetak hingga ia dilancarkan.

final_fantasy_15_6

Berikut adalah apa yang disediakan dalam kemaskini “Crown” ini:

  • Pelbagai tambahan seperti cut-scenes yang diambil daripada filem Kingsglaive: Final Fantasy XV dan Omen trailer juga telah ditambah bagi memudahkan penceritaan dalam game ini kepada para pemain yang pertama kali memainkannya.
  • Meningkatkan variasi atau resepi dan ikan dengan tambahan galeri untuk dijadikan rujukan kulinari para pemain.
  • Menampilkan sokongan media sosial, di mana gambar-gambar yang diambil Prompto boleh dikongsi ke laman Facebook dan Twitter para pemain.
  • Menambahbaik sudut kamera dengan opsyen baru bagi membantu pemain apabila berada dalam situasi yang tegang serta meningkatkan penglihatan semasa pertempuran.
  • Menambahbaik abiliti Wait Mode dengan meningkatkan elemen strategik bagi fungsi ini.
  • Pemain boleh mendapatkan “Beast Whistle” di mana ia boleh digunakan untuk memanggil raksasa untuk bertempur.

Terbaru juga, pengarah Final Fantasy XV, Hajime Tabata telah memberi amaran kepada para pemain tentang sesetengah individu telah mendapatkan unit game ini secara leak. Spoilers kini tersebar luas dalam Internet.

Final Fantasy XV akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada 29 November ini.

3 Komen!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.