in , , , ,

Final Fantasy XV: Cakap-Cakap Mengatakan Tarikh Release Adalah 30-September-2016!

Sumber dari Gematsu menyatakan bahawa sumber mereka adalah sangat sangat sangaaaaat boleh dipercayai!

Menurut Gematsu, info mengenai tarikh keramat yang dinanti-nantikan para peminat selama lebih 10 tahun ini, disokong oleh 3 sumber yang berlainan, yang memang mempunyai pengetahuan mengenai tarikh release ini.

FFXV-Enemy-001

Namun begitu, secara rasminya, tarikh release FFXV hanya akan diberitahu pada 30hb Mac 2016 ini semasa acara khas yang dipanggil “Uncovered : Final Fantasy XV”. 

JomBaca: Final Fantasy XV: Square Enix Bakal Mengumumkan Tarikh Release Pada 30 Mac!

30hb September 2016. Diharapkan tarikh yang dicakap-cakap ini bakal menjadi kenyataan. Kami berharap anda sempat menabung untuk membeli super special edition FFXV, jika ada keluar nanti.

Terima kasih Gematsu atas rumours ini!

FFXV-Aranea-Noctis-001

Final Fantasy XV bakal keluar pada tahun ini, pada tarikh yang akan diumumkan kelak pada 30hb Mac 2016 untuk platform PS4 dan XboxOne.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Back to Dinosaur Island Part 2: Pengembaraan Bersama Dinosaur Oleh Crytek

Rainbow Six Siege: Operator Baru US, Apa Kita Tahu Setakat Ini?