in , ,

Final Fantasy XV: Brotherhood: FFXV Adalah Siri Anime Prequel Dalam 5 Episod!

Seperti yang diumumkan di acara langsung Uncovered: FFXV hari nih (10am waktu Malaysia), Final Fantasy XV akan menyiarkan satu siri anime yang bertajuk Brotherhood: FFXV!

Siri ini adalah prequel pada jalan cerita game utama. Ia menceritakan sebahagian dari pengembaraan road trip dengan watak utama Noctis dan rakan-rakannya. Selain itu, kita juga akan mengetahui sedikit latar belakang bagi setiap watak.

Ingat tak trailer di E3 2013? Noctis masa kecik asyik suka pilih-memilih makanan!
Ingat tak trailer di E3 2013? Noctis masa kecik asyik suka pilih-memilih makanan!
Nampaknya Noctis sekarang oun masih tak berubah bila makan, teheheheee!
Nampaknya Noctis sekarang pun masih tak berubah bila makan, teheheheee!

Siri ini dihasilkan oleh studio animasi Jepun, A-1 Pictures. Selain dari penglibatan dengan siri anime Sword Art Online dan Black Butler, A-1 Pictures juga berpengalaman dalam siri berdasarkan konteks game seperti Persona dan Valkyria Chronicles. Square Enix juga memberitahu bahawa jalan cerita siri anime nih terikat dengan demo mereka, Platinum Demo!

Semua episod siri Brotherhood: FFXV adalah percuma dan boleh didapati di YouTube! JomGaming juga akan update pada korang waktu keluarnya episod-episod yang akan datang!

Jom tonton Episode 1 – Before the Storm!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy XV: Filem Kingsglaive Telah Diumumkan!

Uncharted 4: Video Terbaru Menyaksikan Pengakhiran Yang Penuh Emosi