in , ,

Final Fantasy XV: Artwork Terbaru Yoshitaka Amano Dalam Bentuk 3D

Buat pertama kalinya, artwork dari veteran Yoshitaka Amano adalah dalam bentuk 3D!

Dalam event Uncovered FFXV pagi ini, Square Enix telah menunjukkan karya Yoshitaka Amano yang akan digunakan untuk cover game FFXV.

Final-Fantasy-XV-Yoshitaka-Amano-001

Hasil karya ini telah dipertontonkan di hadapan Shrine Auditorium, lokasi event Uncovered FFXV ini. Karya epik dari Amano san ini seperti menggunakan mitos di dalam game FFXV. Kami perlu bermain game ini dahulu jika mahu merungkai maksud di sebalik karya ini.

Semasa event ini berlangsung, host acara, Greg Miller dan Tim Gettys mengumumkan hasil karya Amano-san ini turut juga dibuat dalam bentuk 3D.

Ini adalah pertama kali karya agung Amano san dibuat dalam bentuk 3D dan hasilnya pastinya mempersonakan!

Anda boleh tonton video itu di bawah. Jom Layan!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy XV: Trailer Terbaru Dari Event Uncovered FFXV!

Final Fantasy XV: Filem Kingsglaive Telah Diumumkan!