in ,

Final Fantasy XR Ride Akan Hadir Ke Universal Studio Japan Pada Bulan Januari

Final Fantasy tidak berasa gentar untuk memperluaskan pengalaman dunia luar sebenar terhadap siri tersebut. Pada tahun depan, Universal Studios Japan akan memperkenalkan pengalaman baru roller coaster yang akan menarik peminat Final Fantasy.

Final Fantasy mendedahkan trailer terbaru Final Fantasy XR Ride yang mana akan membawakan pengunjung untuk merasai pengalaman menaiki roller coaster virtual reality, membolehkan pengunjung melihat setiap karakter Final Fantasy.

https://youtu.be/hgPTKtopVlY

XR Ride akan diperkenalkan di Universal Studios Japan bermula 19 Januari sehingga 24 Jun 2018. Tarikan Final Fantasy akan menjadi sebahagian daripada acara tahunan “Cool Japan” dalam masa yang terhad yang mana menggabungkan tarikan-tarikan baru berdasarkan budaya pop masyarakat Jepun. Ini termasuklah tarikan dengan pengalaman yang sama berdasarkan Sailor Moon, Evangelion dan Monster Hunter.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Death Stranding Dibangunkan Dengan Begitu Pantas Sehingga Buat Bos Besar Di Sony Terkejut!

Siri MasterBox Lite Dari Cooler Master Diperbaharui