in

Final Fantasy VII Remake Dan Resident Evil 3 Turut Mendapat Sentuhan Studio Malaysia, Lemon Sky Studios

Antara bunga dengan Tifa, mana lagi cantik?

Baru sahaja memasuki bulan keempat dalam 2020, kita telah disajikan dengan dua game remake yang cukup mengagumkan, iaitu Final Fantasy VII Remake dan Resident Evil 3.

Semua pastinya tahu tentang game ini, namun apa yang mungkin ramai tidak tahu ialah kedua-dua game ini turut mendapat sentuhan daripada studio pembangunan game yang berpangkalan di Malaysia, Lemon Sky Studios.

Dalam post Facebook yang dikeluarkan, Lemon Sky Studios mendedahkan yang mereka telah terlibat dalam pembangunan kedua-dua game ini. Mereka menzahirkan rasa bertuah serta menyampaikan penghargaan kepada penerbit game tersebut, iaitu Square Enix (Final Fantasy VII Remake) dan Capcom (Resident Evil 3) kerana telah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk bekerjasama.

Lemon Sky Studios turut mendedahkan senarai nama para pembangun yang terlibat menjayakan kedua-dua game ini.

Bagi mereka yang mengikuti rapat industri pembangunan game tempatan, semestinya pendedahan ini tidak mengejutkan. Lemon Sky Studios merupakan salah satu studio tempatan yang cukup terkemuka, yang pernah terlibat dalam pelbagai game AAA sebelum ini seperti siri Uncharted, Gears of War, Dead Rising dan banyak lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Crysis Remastered Diumumkan Untuk PC, PS4, Xbox One, Switch - Saksikan Trailer Acah Pertama

Crysis Remastered Diumumkan Untuk PC, PS4, Xbox One, Switch – Saksikan Trailer Acah Pertama

Ubisoft Sedang Membikin Filem Tentang Pasukan Esports Yang Terdiri Daripada Warga Emas

Ubisoft Sedang Membikin Filem Tentang Pasukan Esports Yang Terdiri Daripada Warga Emas