in , ,

Final Fantasy Seakan Dark Souls Dilaporkan Sedang Dibangunkan Team Ninja

Jauh ataupun dekat, semua arah di dalam game adalah sangat detail

Walaupun bakal hadir dengan Final Fantasy 16, Final Fantasy 14: Endwalker, dan Final Fantasy 7 Remake Intergrade, siri ini nampaknya terus rancak membawakan lebih banyak variasi.

Satu laporan telah muncul mengatakan yang sebuah game RPG dari Final Fantasy yang berinspirasikan daripada siri Dark Souls kini sedang dibangunkan oleh Team Ninja.

Tentunya, Team Ninja akan menggunakan kepakaran mereka, yang pernah membangunkan siri Nioh, iaitu salah satu francais game yang berada dalam satu genre dengan Dark Souls.

Laporan ini hadir dari Souls Hunt (via WCCFTech), yang mana beliau membandingkan game Final Fantasy ini seumpama Star Wars Jedi: Fallen Order, iaitu salah satu game juga yang berilhamkan gameplay kombat dari siri Dark Souls.

Game ini dikatakan akan diumumkan semasa E3 2021, yang mana Square Enix telahpun mengesahkan penglibatan mereka dalam acara tahunan gaming terbesar dunia itu. Malah, versi demo untuk game tersebut dikhabarkan akan keluar sekitar musim panas ini (Jun-September).

Selain itu, laporan ini turut menyatakan yang game Final Fantasy terbaharu ini akan menjadi sebuah game eksklusif untuk PS5. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar ia hanyalah eksklusif dalam beberapa tempoh waktu sebelum ini dilancarkan ke platform-platform lain.

Seperti biasa, laporan ini masih lagi dalam status khabar angin, maka jangan terlalu mengharap selagi ia belum diumumkan secara rasmi oleh Square Enix.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pencipta Uncharted, Amy Hennig Sedang Bikin Game Action-Adventure Bersama Veteran Industri Gaming Lain

Pemain GTA V Ini Habiskan Story Tanpa Terkena Satu Tembakan/Tercedera Langsung