Square Enix mengumumkan enam game pertama dalam siri RPG Final Fantasy dengan ‘pixel remaster’ pada persidangan E3 2021. Edisi pixel-perfect ini akan muncul di Android, iOS dan Steam.
Dari trailer 30 saat ini, kita boleh lihat game 8-bit (FF1, FF2 & FF3) juga 16-bit (FF4, FF5, & FF6) yang berada di NES dan SNES tidak lama lagi akan dapat dimain oleh peminat-peminat turn-base RPG.
Square Enix mengesahkan setiap game akan dijual berasingan dan bukan secara kompilasi. Kesemua game ini pernah di-port atau remaster di konsol generasi yang ‘lebih baharu’ seperti PSP dan GBA tetapi Final Fantasy Pixel Remaster ini akan mengekalkan ‘originality’ game pixel mereka berbeza dari ‘remaster’ sebelum ini.
Namun, tarikh dan informasi lebih bagi Final Fantasy Pixel Remaster ini masih belum diumumkan.
Inilah peluangnya jika korang tak pernah main siri FF klasik ini pada smartphone korang atau di PC!
Comments
Loading…