Game yang dah dikeluarkan di Jepun tahun lepas bakal mendapat versi Bahasa Inggeris kelak!

Final-Fantasy-Brave-Exvius-001

Square Enix baru sahaja mengumumkan versi bahasa Inggeris bagi game Final Fantasy Brave Exvius. Game yang di-develop oleh A-Lim ini bakal dikeluarkan di pelantar iOS dan Android dan sudah pun dimuat turun sebanyak 6 juta kali sejak dilancarkan di Jepun pada 22 Oktober 2015. Ianya mendapat banyak review yang sangat positif jadi tidak hairan lah jika Square Enix bercadang untuk menterjemahkan game ini.

Untuk membina hype game ini, Square Enix telah pun membuka satu website untuk pra-pendaftaran. Untuk setiap pra-pendaftaran, 30 Cyrstal Points akan dimasukkan ke dalam pencapaian game ini. Terdapat beberapa pencapaian, termasuklah Magitek Armor pada 1,000,000 mata (dengan 33,333 pendaftaran) dan Summon Tickets untuk membolehkan korang menggunakan summons dalam battle korang jika dapat 183,000 pra-pendaftaran (5,500,000 mata).

Final Fantasy Brave Exvius menggunakan sistem klasik JRPG iaitu turn-based RPG dan menggunakan elemen dari siri Final Fantasy dan Brave Frontier (developer bagi game Exvius juga). Antara elemen yang digunakan adalah skill magis, limit breaks dan summon monsters.

Final-Fantasy-Brave-Exvius-002

Menggunakan battle sistem yang sama seperti Brave Frontier, Brave Exvius mempunyai antaramuka di mana para pemain boleh mengarahkan karakter-karakter korang untuk attack dengan menekan butang-butang tertentu (melalui touch screen semestinya), special attack dan items boleh digunakan dengan swipe butang tertentu dan memilih command yang diingini.

Korang akan ke stage seterusnya sampailah korang jumpa end boss. Sepanjang pengembaraan korang, korang wajib lah menerima EXP (experience points), barang-barang untuk crafting dan semestinya duit in-game. 

Kami berharap dengan kejayaan Brave Exius ini, Square Enix dengan baik hati dan besar hatinya akan turut buat versi bahasa Inggeris untuk Mobius pulak. Tolong Square Enix, tolong!

Mobius-Final-Fantasy-001
Kami nak Mobius!

JomKomen!