in ,

Final Fantasy 9 Akan Diadaptasi Ke Animasi Khas Untuk Kanak-Kanak

Final Fantasy 9 akan diadaptasi ke animasi yang sesuai ditonton kanak-kanak.

Projek ini akan dibangunkan dan diterbitkan bersama antara Square Enix dan Cyber Group Studios, sebuah studio pembikinan animasi yang berpangkalan di Paris, Perancis.

Selain menerbitkannya bersama, Cyber Group Studios akan turut menguruskan edaran, perlesenan dan merchandise di seluruh dunia, lapor KidScreen.

Animasi yang disasarkan untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 13 tahun itu akan mula membentangkan projek itu ke syarikat-syarikat penyiaran untuk tujuan tayangan dalam beberapa bulan akan datang, kata CEO Cyber Group Studios, Pierre Sissmann.

Durasi setiap episod dan berapa banyak episod yang ada juga masih belum dimuktamadkan, namun beliau berkata produksi akan bermula pada hujung 2021 atau awal 2022.

Francais Final Fantasy pernah diadaptasi ke televisyen sebelum ini, namun ini adalah kali pertama ia dibikin khas untuk kanak-kanak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dead Space Akan Dihidupkan Semula Oleh EA Motive, Diumumkan Bulan Depan – Laporan

Sony Jangka Jualan PS5 Naik Mencanak Apabila Permintaan Dipenuhi, Sasarkan 22.6 Juta Unit Tahunan