Akhirnya penantian untuk melihat Tifa dan Aerith beraksi dalam game ini terubat hati bagi peminat Final Fantasy 7.

Final Fantasy 7: Remake (FF7:Remake) akan dikeluarkan kepada 2 disc-blu ray untuk memuatkan kesemua francais dan spin-off FF7 seperti ke dalam satu game termasuklah Dierge of Cerberus, Crisis Core dan Advent Children. Bahagian pertama akan fokus pada kisah di ‘Midgar’ dan episod istimewa akan dikeluarkan secara berperingkat.

Berbeza daripada siri asalnya yang dikeluarkan pada 1997 yang menggunakan turn-based system, FF7 Remake akan dimainkan secara open 3D battle combat. Dalam trailer ini kita dapat lihat Cloud, Barret, Aerith dan Tifa berlawan kombat.

Beberapa elemen turn-based masih diterapkan. Apabila Action Time Bar (ATB) membina, pemain boleh memperlahankan aksi pertempuran dan melihat aksi tersebut dari pelbagai sudut sambil memilih untuk menggunakan pergerakan seperti item, magic atau Limit Break.

Tifa mengunnakan uppercut melawan pihak musuh.

Dalam trailer tersebut kita juga dapat melihat Tifa menggunakan move Somersault, Cloud dengan Buster Sword nya dan abiliti Aerith untuk ‘heal’. Untuk melihat segala aksi epik yang ditayangkan di persidangan ini bolehlah tonton keseluruhan pengumuman yang 20 minit panjangnya untuk FF7:Remake ini.

JomKomen!