Peminat Final Fantasy telah berpeluang menikmati FF15 dalam demo yang bernama Episode Duscae. Nampaknya kita berpeluang mendapat layanan demo kali kedua!
Menurut temubual bersama director Hajime Tabata bersama site VGTime baru-baru ini, demo kedua bagi FF15 sedang disiapkan. Tiada info lain mengenai demo ini. Samada ia akan melibatkan kawasan baru yang boleh diterokai ataupun masih lagi kawasan yang sama tetapi dengan sistem yang diperbaharui.
Temubual tersebut juga telah mengesahkan bahawa FF15 bakal dilancarkan pada tahun 2016 dan ada perancangan untuk DLC baginya. Oh ya, tiada perancangan bagi FF15-2.
Terima kasih ZhugeEX :3
Comments
Loading…