in , ,

Filem Uncharted, Siri TV The Last of Us Hanyalah Permulaan Kepada Lebih Banyak Adaptasi, Kata Sony

Kepada gamer yang gemarkan game-game kesayangan mereka diadaptasi, pastinya tumpuan kini terarah kepada filem Uncharted dan siri televisyen The Last of Us.

Ketika bercakap dalam acara CES 2021 malam tadi, bos PlayStation, Jim Ryan mengatakan bahawa filem Uncharted dan siri televisyen The Last of Us merupakan permulaan kepada lebih banyak adaptasi yang akan mereka terbitkan dari francais-francais milik Sony.

“Ini hanyalah permulaan kepada perluasan penceritaan kami ke arah media baharu dan audiens yang jauh lebih besar,” kata Ryan. “Sony adalah syarikat hiburan kreatif dan hiburan tidak pernah sepenting ini sebelum ini.”

Kenyataan Ryan ini sememangnya selari dengan apa yang didedahkan oleh CEO Sony Pictures, Tony Vinciquerra baru-baru ini, iaitu mereka kini sedang menerbitkan tiga filem dan tujuh siri televisyen berdasarkan game-game eksklusif PlayStation.

Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom. Ia dibintangi oleh Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle. Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada Julai 2021.

JomBaca: Filem Uncharted Kongsikan 4 Gambar Baru – Pengembaraan Harta Karun Nate Bermula

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us akan diketuai oleh Craig Mazin — iaitu insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann. Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony.

JomBaca: Siri TV The Last of Us Diberi Lampu Hijau Oleh HBO Untuk Teruskan Produksi

Apa lagi game dari PlayStation yang korang mahu diadaptasi ke filem atau siri TV?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Semua Game Star Wars, Yang Dulu Dan Seterusnya Kini Bawah Satu Jenama - Lucasfilm Games

Semua Game Star Wars, Yang Dulu Dan Seterusnya Kini Bawah Satu Jenama – Lucasfilm Games

Nvidia Umumkan RTX 3060 Dengan 12GB DDR6 Pada Harga USD329

Nvidia Umumkan RTX 3060 Dengan 12GB DDR6 Pada Harga USD329