Selepas lebih daripada sedekad tergendala, dan bertukar seramai enam orang pengarah, filem Uncharted kini mara ke hadapan dengan pengarah ketujuh yang dilantik.

Sony Pictures telah mengambil Ruben Fleischer sebagai pengarah terbaharu untuk menjayakan filem live-action Uncharted, lapor Variety. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.

Barisan pelakon terbaharu juga telah diumumkan menyertai filem ini. Mereka ialah Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle. Ketiga-tiga mereka ini belum didedahkan lagi apakah watak yang akan mereka bawa.

Sebelum ini, dua pelakon utama yang sudah kita ketahui untuk filem ini ialah Tom Holland sebagai Nathan Drake dan Mark Wahlberg sebagai Sully.

Apakah pengarah ketujuh akan membuatkan filem Uncharted ini menjadi kenyataan? Sama-samalah kita nantikan sama ada tayangan pada 5 Mac 2021 nanti akan menjadi realiti ataupun tidak.

JomKomen!