in , , ,

Filem Uncharted Keluarkan Video Lebih Panjang Babak Nathan Drake Jatuh Dari Kapal Terbang

Dalam trailer pertama dan kedua filem Uncharted, kita telah dipaparkan dengan sedikit babak Nathan Drake terjatuh dari kapal terbang, iaitu satu babak yang cukup ikonik dari game Uncharted 3: Drake’s Deception.

Terkini, Sony Pictures telah mengeluarkan satu video eksklusif berdurasi 2:25 minit yang memaparkan aksi lebih panjang daripada babak terjatuh dari kapal terbang itu.

Jom saksikannya:

Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.

Melalui kerjasama bersama Sony Pictures Entertainment, PlayStation Productions, dan Naughty Dog, filem ini dibintangi Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted akan ditayangkan di pawagam pada 18 Februari 2022. Selepas tamat tayangan di pawagam, ia akan masuk ke Netflix, melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Sony Umum Nama Rasmi PlayStation VR2, Horizon Call of the Mountain Adalah Game Pertama

Servis Langganan Ubisoft+ Akan Hadir Ke Xbox, Belum Ada Perancangan Untuk PlayStation