Tom Holland sebagai Nathan Drake dalam filem rasmi Uncharted akan datang.

Isu untuk meneruskan produksi filem Uncharted semakin berlarutan. Termasuk kali ini, sudah lima pengarah yang diberi tugasan, dan kesemua tidak menjadi.

Menurut laporan Deadline, Dan Trachtenberg telah berundur daripada tugasan untuk mengarah filem adapatasi dari video game, Uncharted, sebuah filem yang diterbitkan oleh Sony Pictures.

Kini, Sony sedang dalam proses untuk mencari penggantinya secepat mungkin. Laporan ini turut mengatakan yang pengarah baru akan diputuskan sebelum berakhir musim panas ini (September), dan filem tersebut akan memulakan produski pada awal tahun hadapan.

Empat lagi pengarah yang telah mengundurkan diri sebelum ini daripada projek filem Uncharted ini ialah David O. Russell, Neil Burger, Seth Gordon dan Shawn Levy.

Filem Uncharted akan mengisahkan Nathan Drake pada zaman remajanya, beberapa tahun sebelum apa yang kita temui dalam video game yang dibangunkan oleh Naughty Dog. Setakat ini, pelakon yang telah diumumkan akan membintangi filem ini hanyalah Tom Holland, sebagai Nathan Drake.

JomKomen!