in , ,

Filem Uncharted Ditunda Lagi, Tarikh Tayangan Kini Mac 2021, Masih Belum Ada Pengarah Baru

Tunggu dan tunggu lagi. Sampai bila?

Tarikh tayangan untuk filem live-action Uncharted bukan lagi pada 18 Disember 2020, tetapi Sony Pictures telah mengumumkan tarikh baharu iaitu pada 5 Mac 2021, lapor Deadline.

Bagi yang tidak tahu, filem ini sudahpun tergendala selama 13 tahun, dan telah bertukar pengarah seramai enam orang. Pengarah terbaru yang meninggalkan projek ini ialah Travis Knight yang terpaksa mengundurkan diri kerana mempunyai masalah pertembungan jadual dengan Tom Holland.

Lima lagi pengarah yang telah mengundurkan diri sebelum ini daripada projek filem Uncharted ini ialah David O. Russell, Neil Burger, Seth Gordon, Shawn Levy, dan Dan Trachtenberg.

Pada ketika ini, masih tiada pengarah baru diumumkan.

Hanya dua pelakon yang telahpun didedahkan akan membintangi filem ini, iaitu Tom Holland sebagai Nathan Drake dan Mark Wahlberg sebagai Sully.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ninja Tinggalkan Twitch, Akan Mula Stream Secara Eksklusif Di Mixer, Tandatangan Bersama Microsoft

Perpindahan Ninja Dari Twitch Ke Mixer Dilaporkan Bernilai Sekitar RM122 Juta

Rokstar Beri Ganjaran $2 Juta Dalam GTA Online Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Kejayaan Dekad Lalu

Rokstar Beri Ganjaran $2 Juta Dalam GTA Online Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Kejayaan Dekad Lalu