in ,

Filem Uncharted Dilaporkan Ada Babak Nathan Drake Jatuh Dari Kapal Terbang Macam Uncharted 3

Trailer untuk filem Uncharted masih lagi belum dikeluarkan kepada umum, namun sedikit babak daripada filem adaptasi video game itu sudah diperlihatkan kepada sekumpulan kecil penonton secara tertutup.

Berita ini dilaporkan oleh Screenrant dan io9. Menurut laporan ini, secebis babak dari filem ini dikompilasikan dalam promosi untuk filem-filem Sony akan datang.

Menurut mereka yang telah menontonnya, babak dimulakan dengan Sully (Mark Wahlberg) bertanyakan kepada Nathan Drake (Tom Holland) kalau dia ingin menyertai satu pengembaraan yang selalunya hanya mampu dibaca dalam buku-buku. Seperti yang kita semua tahu, filem Uncharted ini akan menggunakan latar masa pada zaman Sully dan Drake masih lagi muda.

Kemudian, video itu menunjukkan pula beberapa babak lain, antaranya kapal lanun seperti dalam Uncharted 4, dan babak paling gempak adalah filem ini akan cuba membikin semula babak Drake terjatuh dari kapal terbang seperti dalam Uncharted 3.

Mereka yang menonton video itu kebanyakannya gembira dengan babak-babak yang dipaparkan kerana mengambil banyak inspirasi daripada francais video game yang dibangunkan Naughty Dog itu — sekurang-kurangnya apa disajikan dalam video pendek itu.

Kira-kira tiga bulan lalu, kita dapat saksikan paparan 2 saat dari filem ini.

Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.

Filem ini dibintangi Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted akan ditayangkan di pawagam pada Februari 2022. Selepas tamat tayangan di pawagam, ia akan masuk ke Netflix, melalui perjanjian yang ditandatangani baru-baru ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hideo Kojima Puji 12 Minutes, Buatnya Teringin Bikin Satu Lagi Game Adventure

Review The Witcher: Nightmare of the Wolf – Prekuel Yang Bermakna Untuk Netflix Kembangkan Lagi Dunianya