Menu
in , , , , ,

Filem Uncharted Ciptaan Nathan Fillion Bawakan Penjarahan Portugis Ke Atas Melaka – Harta Karun Hilang Paling Berharga Dalam Sejarah

[KEMASKINI]: Filem pendek rekaan peminat ini adalah hasil arahan Allan Ungar, bukan seperti yang dilaporkan seperti di bawah.

[LAPORAN ASAL]:

Venice of the East.

Kita mungkin tidak akan dapat menonton filem rasmi Uncharted dalam masa terdekat kerana ia terperosok ke dalam development hell.

Tetapi, kita baru sahaja telah disajikan dengan satu filem ciptaan peminat (fan-film) yang dibikin oleh pelakon terkenal Nathan Fillion. Selain aksi, dialog, dan aura yang memang dekat dan sinonim dengan francais Uncharted, filem pendek berdurasi 15 minit ini mempunyai jalan cerita yang kita semua rakyat Malaysia tertunggu-tunggu selama ini.

Plot utama atau harta karun yang ingin dicari oleh Nathan Drake pada kali ini ialah harta karun yang terdapat dalam kapal Flor de la Mar, kapal yang mengangkut segala harta yang mereka dapati di Kota Melaka selepas Portugis menjarah kota pelabuhan Empayar Kesultanan Melayu yang agung itu.

Mengikut sejarah, yang turut disebut dalam filem pendek ini, harta karun tersebut telah tenggelam bersama-sama dengan kapal Flor de la Mar di Lautan Hindi selepas melalui Sumatera. Ia disebutkan sebagai harta karun yang hilang yang paling berharga dalam sejarah manusia — dianggarkan oleh para sejarawan dengan nilai sebanyak USD2.6 billion!

Plot twist yang dibawakan ke dalam filem ini adalah harta karun itu kononnya tidak pun tenggelam, tetapi Afonso de Albuquerque telah diselamatkan daripada Flor de la Mar oleh Ferdinand Magellan. Iya, Magellan yang tersohor itu, pengembara Portugis yang memperhambakan Panglima Awang Hitam (enrique de Malacca) dan seterusnya menjadi pemandu arah (navigator) kepada ekspedisi pertama yang berjaya mengelilingi dunia dalam sejarah.

Mengikut sejarah lagi, selepas berjaya melakukan pengembaraan sedunia itu, Awang Hitam telah menetap dan meninggal dunia di Filipina — dan ya, Nathan Drake, Sully dan Elena akan pergi ke Filipina untuk menjejak harta karun tersebut. Dan filem pendek ini pun tamat di situ.

Korang boleh tonton filem pendek ini di bawah, dan bersedia untuk dikagumkan:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version