Apabila filem Uncharted dikeluarkan ke pawagam pada tahun hadapan, janganlah pula berharap bahawa ia merupakan adaptasi secara langsung dari siri video game-nya.

Ketika bercakap kepada GamesRadar, pengarah filem ini, Dan Trachtenberg mengatakan adaptasi secara langsung akan membuatkan ‘pengalamannya terasa kurang’ untuk penonton.

“Saya telah didatangkan dengan beberapa versi tentang kisah ini, dan saya sentiasa merasakan kurang tertarik kerana saya tidak mahu menjejak game-nya,” kata Trachtenberg.

“Saya rasakan yang ia tidak akan berbaloi untuk membikin adaptasi video game kalau kami hanya akan meniru apa yang ada dalam game, dan menyajikan pengalaman yang kurang berbanding apa yang telah mereka alami dalam cara yang sangat mengagumkan.”

Trachtenberg turut menyatakan yang sekiranya Naughty Dog ingin membangunkan satu lagi game baru Uncharted, jalan cerita yang ada dalam filem ini mungkin akan mereka gunakan juga.

Filem Uncharted akan mengisahkan Nathan Drake pada zaman remajanya, beberapa tahun sebelum apa yang kita temui dalam video game yang dibangunkan oleh Naughty Dog. Setakat ini, pelakon yang telah diumumkan akan membintangi filem ini ialah Tom Holland (Spider-Man dalam filem-filem MCU) sebagai Nathan Drake.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 18 Disember 2020.

JomKomen!