Filem Uncharted yang kini dalam pembikinan akan banyak mengambil inspirasi daripada video game yang dibangunkan Naughty Dog, Uncharted 4: A Thief’s End, kata Tom Holland yang akan membawakan watak Nathan Drake semasa muda.

Ketika ditemuramah IGN, Holland ada bercakap tentang filem ini, katanya, “Secara jujur, salah satu game kegemaran saya ialah game keempat Uncharted.. Sukar untuk dipercayai. Dan banyak inspirasi daripada filem ini telah datang daripada game itu.”

“Kami akan mulakan penggambaran dalam masa empat minggu. Mark Wahlberg akan menjadi Sully dengan baik. Bahagian lagak ngeri (stunt) yang kami ada di Berlin telah menjalankan kerja yang mengagumkan, mempersiapkan aksi lagak ngeri, dan ia akan menjadi sesuatu yang sangat menarik.”

Selain itu, Holland turut ditanyakan tentang apakah versi muda Nathan Drake ini akan berasaskan game atau berdasarkan Holland itu sendiri, ini jawab beliau:

“Semestinya banyak inspirasi yang datang daripada game, tapi ia menggunakan pendekatan yang baharu, menyegarkan terhadap karakter kerana kita tidak dapat melihat banyak dia [Nathan Drake] semasa lebih muda.”

Beliau turut menyifatkan filem ini agak hebat dan bersifat global, serta penggambaran akan dilakukan di banyak lokasi di seluruh dunia.

Bagi yang telah menghabiskan Uncharted 4, pastinya korang tidak terkejut apabila Holland mengatakan bahawa banyak inspirasi diambil dari game itu kerana dalam game itu, kita disajikan dengan beberapa babak semasa Nathan Drake masih muda, turut membawa pemain berjumpa dengan Sully dan Sam, abang Nathan.

JomBaca: Uncharted 4: A Thief’s End: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Di sebalik kata-kata yang menyenangkan oleh Holland ini, Sony Pictures masih belum mengumumkan pengarah untuk filem ini, setelah tergendala selama 13 tahun, dan telah bertukar pengarah seramai enam orang. Pengarah terbaru yang meninggalkan projek ini ialah Travis Knight yang terpaksa mengundurkan diri kerana mempunyai masalah pertembungan jadual dengan Tom Holland.

Pada ketika ini, tarikh tayangan filem live-action Uncharted ini dijadualkan pada pada 5 Mac 2021.

JomKomen!