Pembangunan kedua-dua filem adaptasi dari game ini seolah-olah sudah jatuh ke development hell, kata Neil Druckmann.
Tahun lalu, Naughty Dog telah bercakap-cakap mengenai projek filem The Last of Us, yang mana Neil Druckmann sendiri telah diletakkan sebagai penulis skrip dan telah memilih beberapa pelakon.
Pelakon Maisie Williams, yang terkenal dengan watak Arya Stark dalam Game of Thrones adalah antara nama yang disebut-sebut untuk memegang watak Ellie.
Terkini, dalam satu temu ramah yang dilakukan IGN bersama Druckmann, beliau memberi komen mengenai projek yang telah tergendala selama setahun setengah ini, “ia seakan-akan telah masuk ke development hell!”
Bercakap mengenai filem Uncharted pula, sebuah filem yang Sony canang-canangkan bakal keluar pada 30 Jun 2017 ini nampaknya tidaklah akan menjadi kenyataan.
Druckmann berkata, Sony ada membawa skrip bagi filem ini. Namun, ia hanya seperti perbincangan yang biasa sahaja, dan tiada tanda-tanda ia bakal disegerakan.
Beliau menambah, sekiranya ingin menjadikan filem ini satu kejayaan, ia perlu memfokuskan kepada 3 watak utama, iaitu Nathan, Sully dan Elena. Sekiranya hubungan ketiga-tiga watak ini tidak digarap dengan baik, maka ia akan gagal sebagai sebuah filem.
JomBaca: “Game Selepas Uncharted 4 Akan Menggunakan PS4 Jauh Lebih Baik” – Naughty Dog
Comments
Loading…