in ,

Filem The Division Kini Sudah Melepasi Fasa Pertama, Namun Tidak Akan Tiba Dalam Masa Terdekat

Sabar rakan-rakan, filem ini masih lagi lama untuk dapat kita lihat di pawagam.

Dalam laporan kewangan baru-baru ini, CEO Ubisoft, Yves Guillemot telah mendedahkan bahawa filem adaptasi daripada video game The Division, “kini berjalan lancar.” Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa ia tidak akan menemui para peminat pada masa terdekat kerana ia masih lagi mempunyai beberapa rintangan yang perlu dilalui sebelum ditayangkan di pawagam.

“Filem ini sedang berjalan lancar. Ia telah melepasi fasa pertama,” kata Guillemot dalam menjelaskan tentang perkembangan filem ini.

Ubisoft masih belum memilih studio Hollywood untuk mereka menjayakan filem ini, yang mana penulisan skirpnya juga masih lagi dalam tahap awal. Menyatakan tentang potensi kerjasama studio, kata Guillemot, “ramai yang berminat dengan filem itu,” tetapi tidak menyenaraikan mana-mana nama syarikat tersebut.

Ubisoft sebelum ini telah bekerjasama dengan Fox untuk filem video game pertamanya, Assassin’s Creed.

Sebelum ini, Ubisoft telah mengumumkan bahawa Stephen Gaghan bakal mengarahkan filem The Division ini, yang mana ia akan dibintangi oleh Jessica Chastain dan Jake Gyllenhaal.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat didedahkan tentang bilakah ia akan mulakan pengembaraannya, apatah lagi bilakah ia akan dikeluarkan di pawagam.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Video Terbaru Nier: Automata Ini Membawakan Ton Yang Lebih Beremosi

Video Terbaru Nier: Automata Ini Membawakan Ton Yang Lebih Beremosi

Gamer Game Berirama Terbaik Dari Amerika Kini Juara Dunia Dance Dance Revolution!

Gamer Game Berirama Terbaik Dari Amerika Kini Juara Dunia Dance Dance Revolution!