Akhirnya, setelah 3 tahun filem ini diumumkan untuk penggambaran yang membawakan pelakon hebat seperti Jake Gyllenhal dan Jessica Chastain akan disiarkan Netflix.

Diarahkan oleh David Litch (pengarah John Wick dan Deadpool 2) filem ini berdasarkan latar belakang video game Tom Clancy’s The Division atau buku adaptasi iaitu The Collapse. Menceritakan tentang penyebaran Dollar Flu iaitu kesebaran Green Virus yang bermula dari sebuah nota dollar Amerika pada Black Friday. Tiada tarikh penerbitan diumumkan lagi bila filem ini akan ditayangkan.

Mangikutkan artikel kami yang ditulis pada 2016 bahawa pengarah pemenang Oscar, Stephan Gaghan akan mengarah filem ini pada asalnya, justeru mengenalkan Ubisoft Motion Pictures. Bagaimana pun Ubisoft mengesahkan Jessica dan Jake akan membintangi filem ini.

Sebelum itu jom layan sedikit filem short live action The Division yang rasmi diterbitkan sebagai promo The Division dahulu untuk mengambil feel.

JomKomen!