Sebuah filem yang berkisar tentang pasukan esports sedang dalam pembikinin. Menurut The Hollywood Reporter, filem komedi yang berjudul ‘1UP’ itu digambarkan sebagai seumpama filem Pitch Perfect tapi berlatarbelakangkan dunia esports.
Filem ini akan bertemakan “gamergate”, di mana ia akan mengangkat kritikan kepada seksisme dan kebencian terhadap wanita dalam budaya gaming. Ceritanya mengetengahkan seorang gamer wanita bernama Vivian Lee yang berhenti daripada pasukan esports di kolejnya kerana sering menerima seksisme daripada rakan-rakan lelakinya. Kemudian beliau akan memimpin sebuah pasukan esports baharu yang terdiri daripada semua pemain wanita.
Ellen Page akan menghidupkan watak jurulatih kepada pasukan esports wanita yang baru ditubuhkan itu dan Paris Berelc pula akan membawakan watak gadis kolej itu.
Filem ini akan diterbitkan oleh BuzzFeed Studios, diarahkan oleh Kyle Newman, dan produksi dijangka akan bermula pada bulan ini.
Bercakap tentang Ellen Page dan gaming, beliau pernah membintangi sebuah video game yang dibangunkan oleh Quantic Dream, iaitu Beyond: Two Souls yang dilancarkan pada 2013.
Comments
Loading…