Filem adaptasi daripada novel tulisan Tom Clancy, Rainbow Six kini sedang berada dalam pembikinan, dan ia akan diarahkan oleh Chad Stahelski dan diterbitkan oleh Paramount.
Bagi yang tidak mengenalinya, Stahelski paling dikenali sebagai pengarah siri filem John Wick.
Menurut The Hollywood Reporter, filem ini akan dibintangi oleh Michael B. Jordan dan ia merupakan filem lanjutan kepada filem Without Remorse (2021), juga merupakan adaptasi novel tulisan Tom Clancy.
Dalam filem Rainbow Six, Jordan akan kembali membawakan watak yang sama dari filem Without Remorse, iaitu John Kelly, seorang Navy SEAL. Beliau juga akan bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Mengikut apa yang dilaporkan setakat ini, filem ini bukanlah adaptasi daripada video game, sebaliknya merupakan adaptasi terus dari novelnya.
Selain filem ini, Stahelski juga sedang mengarahkan filem Ghost of Tsushima.
Comments
Loading…