Channel Youtube Gage Allen telah memuatnaik satu video filem pendek sinematik yang pasti membuatkan sesiapa yang menontonnya terpukau.

Filem pendek ini menceritakan tentang peperangan yang berlaku semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Menggunakan naratif melalui suara yang cukup seksi, penyuntingan yang mantap dan skrip yang baik — ia pastinya mampu membuatkan korang asyik menontonnya sehingga habis.

Apa yang paling mengagumkan tentang video ini ialah ia dirakam dari dalam game Battlefield 1 dan Battlefield V di server-server awam tanpa sebarang skrip. Makna kata, ia dirakam tanpa mereka tahu yang mereka sedang dirakam dan tanpa dirancang.

Korang tontonlah sendiri dan bersedia untuk dikagumkan:

JomKomen!