Siri video game Mortal Kombat boleh dikatakan game-game paling ganas yang pernah dibikin dalam sejarah — yang mana animasi yang cukup sinonim dengan Mortal Kombat ialah ‘fatality’, iaitu gerakan-gerakan maut yang sungguh mengerikan — dan sehingga kini masih lagi mengekalkan unsur itu.

Walau bagaimanapun, apabila ia diadaptasi ke layar perak, untuk menyesuaikannya dengan tontonan umum, unsur ‘fatality’ itu tidak pernah dibawa masuk — seperti yang telah kita lihat dalam filem Mortal Kombat yang pernah dikeluarkan pada tahun 1995.

Namun, peminat tegar siri game Mortal Kombat harus bergembira dengan berita terbaru ini. Penulis skrip untuk filem reboot Mortal Kombat akan datang, Greg Russo telah mengesahkan bahawa filem itu kelak ialah R-Rated (bukan tontonan umum) dan akan menampilkan unsur ‘fatality’.

Katanya dalam satu tweet:

“Sejak ia telah dinyatakan oleh beberapa ahli pasukan lain, saya akan mengesahkannya. [filem] Mortal Kombat akan R-Rated dan buat pertama kalinya dalam sejarah, ‘fatalities’ akhirnya akan diperlihatkan (dan saya takkan dedahkan yang mana satu), kamu harus tunggu filem ini dan lihat!”

Sekiranya korang terlepas, minggu ini juga mereka telah mendedahkan pelakon untuk karakter Sub-Zero, iaitu Joe Taslim, pelakon aksi dari Indonesia yang mencipta nama dalam filem The Raid.

Filem adaptasi dari video game ini akan diterbitkan oleh James Wan dan diarahkan oleh Simon McQuoid, serta dijadualkan akan ditayangkan pada Mac 2021.

JomKomen!