Sudah lebih daripada 20 tahun kita tidak mendapat filem Mortal Kombat. Kini, sudah tiba masanya untuk reboot!

Pra-produksi untuk filem akan datang Mortal Kombat dilaporkan akan bermula pada akhir bulan ini, dan penggambaran akan dilakukan di Adelaide, Australia Selatan.

Filem ini yang masih belum ada tajuk rasmi, akan diterbitkan oleh pengarah Aquaman dan Fast 7, James Wan. Skrip ditulis oleh Greg Russo serta akan membawakan pengarah Simon McQuid. Ini bakal menjadi arahan pertama McQuid selepas, kalau korang masih ingat, beliaulah yang menjadi pengarah untuk iklan “Michael” PS3 yang sangat mendapat pujian ramai suatu ketika dulu.

Persoalan yang bermain di minda kita sekarang, siapakah pelakon yang paling sesuai di era ini untuk membawakan setiap watak ikonik dari siri game Mortal Kombat? Pandangan korang?

Sumber: Gamespot

JomKomen!