Perkembangan filem Mortal Kombat reboot ini sudah sekian lama menyepi — dan terkini ia kembali menggegar.
Akaun Twitter rasmi filem Mortal Kombat telah berkongsikan beberapa gambar pertama dari filem yang dinantikan ramai itu. Kita dapat melihat beberapa aksi dari watak-watak utama seperti Sub-Zero, Jax dan ramai lagi.
Korang boleh lihatnya di bawah.
Filem aksi seni beladiri adaptasi dari video game terkenal ini akan diterbitkan oleh James Wan dan diarahkan oleh Simon McQuoid. Ia akan ditayangkan secara serentak di pawagam dan eksklusif di HBO Max pada 16 April 2021.
Comments
Loading…