Menu
in

Filem Monster Hunter Memperlihatkan Rathalos Dan Diablos Dalam Video Terbaru

Dua raksasa ikonik dari filem Monster Hunter telah diperlihatkan dalam satu video terbaharu.

Dalam satu video yang dimuatnaik IGN, pengarah filem tersebut, Paul W.S. Anderson telah menunjukkan Rathalos dan Diablos yang telah pasukan beliau reka untuk filem itu kepada pengarah dan penerbit siri Monster Hunter dari Capcom, Kaname Fujioka dan Ryozo Tsujimoto.

Anderson telah meminta pandangan daripada Fujioka dan Tsujimoto terhadap rekaan dua raksasa ini, dan nampaknya dua orang kuat dari Capcom itu kelihatan memberikan lampu hijau kepada filem ini. Korang boleh tontonnya di bawah:

Filem Monster Hunter dijadualkan menemui penonton pawagam pada Disember ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version